Friday, December 6, 2013


Assalamualaikum

Cinta yang datang dengan cepat pasti akan meninggalkan kita dengan cepat jua...benarkah kata-kata itu ? apa yang pasti hargailah erti cinta dengan kejujuran dan keikhlasan bukan dengan kepalsuan mahupun pembohongan dan setialah hanya dengan satu pasangan kerana Cinta yang dilahirkan oleh pasangan kita yang ikhlas akan membawa cinta kita hingga ke Jannah. Amin.

Thursday, December 5, 2013

Sayang Ku...Sebagai seseorang yang bergelar "Pecinta"..aku masih terngiang-ngiang Melodi Cinta yang pernah kau buaikan untuk ku. Tiap baris puitis yang kau cipta dan kau lemparkan pada ku semuanya amat indah..terlalu sukar untuk aku lontarkan atau lenyapkan dari persada hidup ku. 

Kekasih Ku...Masih terbayang dimemori ingatan ku ketika  kita bersama.. beriringan dalam keredupan  rentangan langit sambil melihat ketenangan air yang mengalir tanpa arah tujuan dan sepintas lalu kau mengenggam erat jari jemari ku sambil tersenyum kau berkata... "Kita akan bersama jika sempurna".. ketika itu, aku hanya mampu tersenyum ketika kau mengucup lembut jari jemari aku dan tiap kata-kata yang tersembul keluar dari bibir mu itu aku biarkan menjadi teka teki sehingga suatu hari aku dikejutkan oleh ketiadaan mu disisi ku. Aku bagaikan hilang arah masih terus mencari dan terus mencari..... dimanakah dikau kekasih

Aku Masih Setia....Sayang.

Memang indah andai dapat aku undurkan masa kembali ke zaman kegemilangan cinta monyet ketika aku masih lagi di tingkatan empat  Sekolah Menengah Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan singkatan (SIGS). Masih jelas lagi dikotak ingatan aku, ketika itu ramai teman-teman seusia dengan aku sudah pun mempunyai teman lelaki dari pelbagai sekolah termasuklah dari Sekolah EC, SDJ, SSI dan tak lupa juga dari SAB.

Aku tak terkecuali dari mempunyai kenalan lelaki dan waktu itu aku dapat rasakan aku seperti dihargai, dicintai dan disayangi  oleh   dua jejaka yang berlainan sekolah namun kedua-dua jejaka itu mempunyai pertalian darah seibu dan seayah tanpa aku sendiri ketahui.

Majlis Hari Jadi Shasha telah menemukan aku dengan Amir Arfan, pelajar EC yang empat tahun lebih tua daripada aku dan kini sedang mengambil STPM. Tidak aku nafikan ramai lagi kawan-kawan perempuan yang seusia dengan aku yang lebih menawan pada petang itu, namun kesederhanaan aku juga yang menarik sepasang mata milik Amir Arfan yang sedang berbual dengan beberapa orang kawannya.

“Hai awak…” Tegurnya ketika aku sedang menuang air kedalam cawan yang aku ambil untuk meredakan kehausan yang melanda tekak aku.  Aku menoleh seketika kearahnya dan hanya senyuman yang mampu aku lampirkan kepadanya yang sedang merenung sepasang mata aku.
“Boleh saya berkenalan dengan awak ?” Tanyanya lagi membuat aku merasa serba salah bila beberapa orang rakan-rakannya yang berada tidak jauh dari kami serentak memandang kearah aku dan dia.
“Awak ni  sombong…macam tak sudi nak kawan dengan saya…” Ujarnya lagi  dengan nada suara kecewa bila tiada jawapan yang tersembul keluar dari bibir aku.
“Hai…selamat berkenalan….” Ayat ringkas yang aku ungkapkan sebelum aku berlalu meninggalkan dirinya dan menuju kearah Melati, salah seorang sahabat karib ku di sekolah.
“Mesra nampak…..kau kenal dia ke Ami ?” Tanya Melati ketika aku baru sahaja melabuhkan punggung ku disisinya.
“Mesra ke….kenal nama pun tak lagi….dia Cuma cakap nak kenal dengan aku tapi aku segan lah, member dia asyik tengok je pastu kau tak perasan ke si Anita pandang aku semacam.
“Alah kau bukan tak kenal dengan Anita tu, semua jantan dia nak…pantang nampak yang handsome sikit…mula la macam cacing kepanasan…tapi kan Ami…..mamat tu memang handsome siot !” Balas Melati membuat aku menoleh memandang kearahnya dan tanpa aku sedari dia sedang merenung kearah aku. Ah  !! kurang asam punya Melati….aku jadi serba salah bila pandangan mata kami bertaut seketika sebelum aku larikan bebola mata aku jauh dari renungannya.
“Ami…Melati….kau dah makan ke…ambil la lagi…..” Ujar Shasha ketika dia lalu dihadapan kami.
“Dah kenyang Sha…thanks !” Ujar ku sebelum Shasha berlalu pergi dan mula melayan beberapa orang teman-teman yang lain.
“Minta perhatian semua…..sapa nak hadiah ?” Laung Shasha membuat ramai teman-teman yang lain mengangkat tangan dan mula bersorak.
“Okey-okey….kita buat game eh ! Maria…kau susun kerusi kat tengah-tengah ni….siapa yang dapat duduk sehingga akhir, dialah pemenang acara pertama kita…” Ujar Shasha dan suasana riuh rendah jelas kedengaran di halaman rumah Shasha di Setia Tropika.
“Jom Ami…kita masuk suka-suka….” Ujar Melati dan aku pada mulanya memang enggan menyertai acara yang paling aku tak suka, namun demi menjaga hati Shasha yang mendesak aku, terpaksalah aku turuti juga acara ini dan dapat aku lihat pemuda itu juga menyertai acara ini dan dia berada tidak jauh daripada aku dan Melati.

Dua tiga kali pusing sudah membuat aku merasa pening bila terpaksa berebut kerusi dengan teman-teman tak kira lelaki mahupun perempuan, aku akhirnya menyerah diri bila hanya tinggal tiga kerusi dan aku tidak dapat duduk dimana-mana kerusi kosong. Pandangan mata ku, aku lirikkan kearah pemuda yang masih belum aku tahu namanya yang kini sedang duduk bersama Airizh dan Anita. Renungan matanya masih tajam menerpa kearah aku sebelum aku melangkahkan kaki aku untuk duduk disisi Melati. Wajah Anita ternyata merah padam ketika pemuda itu menjuarai acara tersebut dan Shasha menyerahkan sekotak hadiah kepadanya. Sorakkan bergema bila dia berada bersama teman-temannya dan ketika aku mencuri pandang kearahnya rupa-rupanya dia juga sedang memandang kearah aku sambil mengenyitkan matanya  membuat aku merasa malu dan sempat menyerahkan sekuntum senyuman kearahnya.

Jam sudah hampir kepukul empat setengah petang, ada juga teman-teman sekolah yang mula beransur pulang termasuk juga dengan Melati. Sesekali aku merenung jam ditangan, papa sudah janji untuk menjemput aku namun bayangan papa langsung belum kelihatan, aku cuba mendail nombor telefon bimbit papa dan ternyata papa sedang ngeteh bersama teman-teman rapatnya. Aku mencari Shasha dan meminta izin untuk pulang.

“Dah tu kau nak balik macamana ?” Ujar Shasha ketika aku nyatakan aku terpaksa pulang menaiki bas.
“Aku jalan kaki sikit sampai depan lah….” Jawap ku sebelum aku bersalaman dan memberi kucupan dipipi Shasha.
“Abang aku dah keluar pulak tadi…kalau tak boleh jugak kau tumpang sampai depan….kau tak tanya Anita ? dia kata papa dia ambil….boleh kau tumpang dia…”
“Tak per bukan jauh sangat pun….thanks Sha…happy birthday !” Ujar aku sebelum menyarungkan kasut dan terus berlalu meninggalkan perkarangan rumah Shasha.

“Awak…..jom saya hantar…..” Aku berhenti seketika bila sebuah kereta Persona berhenti disisi aku dan ketika aku menoleh, dapat aku lihat dengan jelas wajah pemuda yang sering merenung aku sedang menunggu aku dengan setia.
“Jomlah awak….panas ni, lagi pun nak ke jalan luar tu jauh lagi….bahaya.” Ulangnya lagi membuat aku terpaksa menurut perintahnya.
“Susahnya nak kenal dengan awak ni….” Ujarnya memulakan perbualan sebelum dia meluncur laju.
“Nama saya Amir Arfan….awak boleh panggil saya Am….” Ujarnya dan senyuman masih terpamer diwajahnya.
“Awak tak sudi nak kenalkan diri awak ? hmmm…awak takut dengan saya eh !” Tanyanya lagi sambil tersenyum ketika aku masih diam membisu.
“Amira Nabila….panggil Ami….je”
“Ami….sedap nama awak…salam perkenalan Ami…. hmm….awal tinggal dekat mana ?” Tanyanya yang ternyata peramah dan punyai suara yang romantis.
“Taman Molek….nanti turunkan saya  dekat bus stop yang berhampiran aja.” Terang aku ketika menjawab soalannya.
“Tak pe lah….nanti saya  hantar awak balik, lagi pun tak jauh pun rumah awak  dengan rumah saya….” Ujarnya membuat aku menoleh dan merenung wajahnya.
“Malulah saya  kalau awak tenung saya  macam tu…..” Ujarnya membuat aku merasa malu bila dia mengucapkan ungkapan  itu.
“Awak…..saya  gurau aje lah….kita memang sehaluan…saya  tinggal dekat Taman Ehsan Jaya….saya akan  hantar awak sampai rumah…..awak jangan takut kay…” Ujarnya lagi membuat aku mula merasa tenang bila berbual dengannya.
“Awak…. Boleh tak kalau saya  nak kenal dengan awak…..saya serius ni….” Ulangnya ketika Persona miliknya atau keluarganya sedang meluncuri di Lebuhraya Tebrau.
“Kan kita dah kenal ni……awak sekolah mana ?” Tanya ku dan dia mula tersenyum bila mendengar kata-kata mula terbit dari bibir aku.
“Saya sekolah DJ…tingkatan enam atas….kalau saya nak minta nombor telefon awak.…awak bagi ?” Tanya Amir Arfan dan aku senang bila dia membahasakan dirinya dengan panggilan awak….aku merasa macam mesra walaupun aku baru kenali dirinya beberapa jam yang lalu.
“Mak we awak tak marah ke ?” Soal ku membuat dia tertawa.
“Mak we ?…mana ada !”
“Habis….awak  dengan Shasha siapa ?”
“Dia sepupu saya…..hmmm.…awak ni mesti ramai peminat kan … mesti ramai pak we.?”   Ujarnya dan senyuman masih terpahat diwajahnya.
“Mana ada pak we….tak ada yang berkenan dekat saya….awak jer….awak ni rabun ker apa..??” Soal ku membuat dia tertawa sambil memandang kearah aku.
“Awak ni pandai buat kelakar lah…..” Ujarnya bila aku ucapkan perkara yang sebenar.
“Betul awak….saya bukan pembohong….saya memang tak ada kawan lelaki sebab tu saya terkejut  masa awak nak kenal dengan saya sedangkan ramai lagi yang sedang memandang awak tadi….”
“Serius ?” Ujarnya kembali kepada aku dan aku hanya tunduk bila soalan itu mencecah digegendang telinga aku.
“Awak….saya nak jadi kawan awak…..selamanya….sudi tak awak bagi saya nombor telefon awak ?” Ujarnya namun aku tak tahu adakah dia benar-benar ikhlas atau dia sengaja sudah bertaruh dengan teman-temannya untuk memikat aku.
“Jujur ?” Tanya aku dan dia hanya menganggukkan kepalanya sebelum kami tiba dihadapan Johor Jaya.
“Ya awak…..saya jujur nak kenali diri awak dan saya harap persahabatan kita akan terus kekal selamanya.” Ujarnya dan aku mengeluarkan kertas dan aku mencatat nombor telefon aku dan aku berikan kepadanya.
“Terima Kasih awak……saya hargai persahabatan kita… hmmm…awak…saya tak tahu apa yang ada dalam ni tapi saya harap awak sudi menerima sebagai tanda perkenalan kita.” Ujarnya sambil menyerahkan hadiah kemenanganya dirumah Shasha kepada aku  ketika aku hendak turun dari Personanya.
“Ini hak awak….saya tak boleh menerimanya…” Balas ku dan senyuman darinya memang membuat aku tergoda.
“Saya ikhlas…tanda perkenalan kita….” Ujarnya dan aku terpaksa menerima pemberiannya sebelum dia berlalu meninggalkan perkarangan rumah papa.


Disekolah, aku didatangi Anita yang ingin ketahui kenapa semalam aku bersama dengan Amir Arfan, rupanya dalam diam dia ingin mengenali diri Amir Arfan dan aku cuba terangkan padanya Amir Arfan Cuma kenalan dan dia ikhlas menghantar aku namun dari riak wajah Anita dia nampak tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan kepadanya….ahh…lantaklah…buat apa aku harus memikirkan tentang dia mahupun Amir Arfan.

Seminggu sudah berlalu namun belum sekali pun aku menerima panggilan telefon dari Amir Arfan. Memang sudah aku jangka, lelaki sekacak dan setampannya hanya mempermainkan perempuan jujur seperti aku dan aku redha andai dia hanya bertaruh dengan kawan-kawannya untuk meminta nombor telefon aku tapi jauh disuatu sudut didalam hati aku, aku masih boleh rasakan kehadirannya dan masih teringat akan suaranya yang suka memanggil aku……awak..!

“Hai awak….!” Aku memandang mesej yang tertera dihandset pemberian dari papa. Aku tiba-tiba tersenyum sendirian bila perkataan “awak” tertera dan aku yakin pastinya daripada Amir Arfan.
“Hai…..awak.” Jawapan ringkas yang aku balas.
“Maafkan saya sebab tak sms atau call awak seminggu lepas, saya sibuk dengan ujian….harap awak tak marah pada saya….” Ujar Amir Arfhan ketika dia menelefon aku.
“Tak pe awak….saya tak kisah sebab saya tau….siapa saya…”
“Awak…awak .jangan cakap macam tu boleh tak….jangan terlalu merendah diri, saya kan ada….sentiasa ada….saya nak sentiasa bersama dengan awak..” Ulangnya laju bila dia mendengar kata-kata yang aku luahkan kepadanya.
“Saya menganggu awak ?” Tanyanya lagi bila tiada ucapan yang terluah dari bibir aku.
“Tak…saya baru lepas makan malam….awak dah makan ?” Tanya ku dan aku cuba untuk tidak mengspekulasikan tentang dirinya.
“Dah awak…hmmm….awak….kalau saya tanya…awak jangan marah tau …!” Ujarnya membuat dada ku berdegup tak menentu.
“Apa dia ? macam serius jer….” Ujar ku dan tiba-tiba dia tertawa dicorong talian.
“Awak ni kan…ada je nak buat saya ketawa tau….itu yang buat saya nak sangat kenal dengan awak….” Balasnya mesra.
“Saya  nak ajak awak keluar esok…awak sudi ?” Tanya Amir Arfan membuat aku terdiam seketika.
“Awak….awak tak sudi ke nak keluar dengan saya ?” Tanyanya lagi bila dia tidak mendengar apa-apa jawapan dari ku.
“Bukan saya tak sudi….Cuma….” Kata-kata aku terhenti seketika, aku tak mahu alasan yang bakal aku ucapkan menyinggung perasaannya yang belum aku tahu jujur atau sebaliknya.
“Cuma apa….awak takut dengan saya ?…saya tak makan orang lah awak….saya jujur nak kenali diri awak….esok saya amik awak kat rumah ehh !!” Ujarnya dan aku rasa tak ada alasan yang harus aku menolaknya.
“Okey….tapi jangan sangka saya terlalu mudah mengikut sesiapa….saya…….”
“Saya faham awak….saya tak pernah sangka macam tu pun pada awak….kita jumpa esok ya…..as’salamualaikum…good nite.” Ujarnya sebelum menamatkan perbualan.

Hati aku tiba-tiba berdegup kencang bila memikirkan perjumpaan aku yang bakal berlaku bersama Amir Arfan esok. Beraninya aku menerima pelawaannya sedangkan aku baru kenali dirinya. Aku melemparkan badan aku diranjang sambil merenung siling dan kipas yang sedang ligat berpusing….aku mula mengimbas kembali wajah tampannya serta renungan sepasang matanya yang romantis.

Tengahari itu aku setia menunggu kemunculan Amir Arfan, pada mama aku nyatakan aku ingin bertemu dengan kawan dan mama ternyata mengizinkan aku untuk keluar. Setelah bersalaman dengan mama, aku melabuhkan punggung ku didalam perut kereta Persona milik Amir Arfan dan senyuman darinya terpaksa aku balas dengan jujur dan ikhlas.

“Cantik awak hari ni…..terima kasih awak, sebab awak sudi menerima ajakkan saya….” Ujarnya setelah meninggalkan perkarangan rumah sederhana mewah milik papa.
“Sama-sama….awak nak bawak saya pergi mana ?” Soal ku setelah kami meninggalkan Taman Molek dan kini berada dihadapan Carrefour.
“Nak culik awak…..” Ujarnya serius membuat perut aku terasa mula nak memulas-mulas menahan rasa takut.
“Biar betul awak ni….:”  Ujar aku tiba-tiba dan dia mula tertawa sambil memandang kearah aku dengan lirikan matanya yang romantis.
“Tak kan saya nak culik awak….saya suka dekat awak….saya tak akan menyakiti orang yang saya sukai dan sayangi….” Ujarnya membuat jantung ku mula berdegup normal dan perut ku yang memulas hilang entah kemana.
“Awak jangan takutkan saya boleh tak….” Ujar ku dan entah mengapa, jari ku ini memang gatal dan terus mencubit pehanya.
“Ouchh…..sakitlah awak….awak ni macam ketam jugak….tapi sejujurnya memang saya suka pada awak dari perkenalan kita yang pertama, saya harap awak sudi menerima diri saya…..” Ujarnya dan dia terus menyentuh dan mengenggam erat jari-jemari aku membuat aku merasa tenang dalam ketakutan.

Bermula dari hari itu, hubungan aku dan Amir Arfan bertambah erat, Anita langsung sudah tidak menegur aku bila dia mendapat tahu aku sering keluar bersama Amir Arfan. Hubungan aku dan Amir Arfan berjalan sehingga ke penghujung cuti penggal dan sehingga tamat peperiksaan hujung tahun.

“Awak….saya sayangkan awak, saya tak nak berpisah dari awak….” Ucap Amir Arfan dan dia masih setia membahasakan dirinya awak ketika kami berjumpa sebulan sebelum dia terpaksa meneruskan pengajian di United Kingdom.
“Jangan macam ni awak…saya akan setia menunggu awak disini dan saya harap awak akan setia disana…pelajaran lebih penting dari saya….saya nak tengok awak berjaya mengejar cita-cita awak untuk menjadi seorang doktor.” Ujar ku ketika kami selesai makan malam dan menikmati keindahan malam di Danga Bay.
“Betul…..awak janji akan setia ?” Soalnya sambil menyentuh dagu ku dan dipalingkan kearahnya.
“Ya….saya akan setia menunggu awak tapi andainya ditakdirkan hati masing-masing akan berubah…atau sesuatu berlaku tanpa diduga…..saya redha….” Ujar ku dan belum sempat aku menghabiskan kata-kata, jari jemari Amir Arfan sudah melekap dibibir aku.
“Jangan  cakap macam tu awak….saya sayangkan awak….saya tak nak hati awak berubah….!  Ami….Am terlalu sayangkan Ami….kasih Am pada Ami bukan mainan….biarpun kita masih remaja….” Ujar Amir Arfan dan buat pertama kalinya dalam perhubungan kami dia memanggil aku Ami sebelum dia merapatkan wajahnya dan mula menyentuh dan mengucvp bibir ku mesra dan kuluman lidahnya yang lembut membuat aku hayal seketika bila kehangatan badannya dapat aku rasakan saat  dia mendakap aku erat seolah tak mahu dilepaskan lagi.
“Enam tahun bukan jangka waktu yang pendek, macam-macam boleh berlaku lagi-lagi hati manusia, saya takut awak  berubah hati bila awak  kesunyian, tapi… siapalah saya nak menghalang awak dari jatuh cinta lagi Cuma……” Ulang Amir Arfan dan kata-katanya erhenti seketika, sepasang matanya aku renung sedalam-dalamnya.
“Awak tak yakin pada kesetiaan saya....?” Ujar aku dan jari jemarinya aku sentuh dan aku berikan sentuhan pada jarinya yang kasar.
“Bukan tak yakin tapi inginkan keyakinan…” Ulangnya membuat aku merasa pasrah seketika, terbelenggu dalam kata-katanya walaupun aku seakan mengerti apa yang cuba dia sampaikan kepada aku.
“Apa yang boleh meyakinkan awak tentang kesetiaan saya ?!” Tanya aku lembut dan aku masih menanti jawapan darinya.
“Apa yang boleh awak bagi pada saya….sebagai bukti keyakinan  pada hubungan kita ?” Tanyanya kembali  dicorong cuping telinga aku, lembut, mesra dan penuh romantis.
“Awak inginkan saya.. ?..satu-satunya mahkota kesucian yang saya  ada ?” Tanya  aku dan ketika ungkapan itu terbit dari bibir aku, airmata aku gugur tanpa aku undang kehadirannya.
“Awak  rela….?” Tanyanya kembali .. lembut dicorong cuping telinga  aku  dan  kucupan diberi dicuping telinga aku membuat aku terdiam seketika.
“Andai itu boleh memberi keyakinan dan  memuaskan hati awak tentang kesetiaan saya pada awak.….saya  rela awak.…hanya untuk awak….saya benar-benar sayangkan awak…saya tak nak kehilangan awak….” Ujar aku dan aku menutup mata aku, menunggu apa yang bakal berlaku bila aku merasa dia menyentuh pipi aku.
“Tak sayang !..awak…..saya  hanya ingin menduga awak….saya hanya ingin ketahui sejauh mana cinta awak pada saya……bibir dan seluruh tubuh awak memang hanya untuk saya  tapi selepas saya  pulang enam tahun lagi …selepas kita diijabkabulkan….terima kasih awak kerana cinta awak terlalu suci untuk saya nodai dengan nafsu, saya sayangkan awak sehingga hujung nyawa kita….” Ujarnya sambil membelai helaian rambut yang berselerakan diwajah aku dan sesusuk tubuh aku didakap erat dan aku mula menangis didadanya.
“Jangan menangis awak…..airmata awak terlalu berharga buat saya….sepanjang saya kenal dengan awak…saya tak pernah lihat mata awak berair.  Awak….saya  harap…bibir awak hanya milik saya….jangan sesekali awak  biarkan lelaki lain menyentuh bibir yang hanya pernah disentuh oleh saya …dan jangan awak biarkan lelaki lain mengusap jari yang sentiasa saya usap….janjilah awak….” Ujar Amir Arfan dan sekali lagi bibir aku dikucup mesra dan aku benar-benar lemas dalam asmara ciptaannya.
“Saya janji awak…..tak akan ada insan lain yang akan memiliki saya melainkan diri awak walaupun suatu ketika nanti ada insan lain yang menyintai saya namun  diri saya tetap utuh hanya untuk awak…” Ujar ku sebelum aku didakap oleh Amir Arfan dan aku tenggelam seketika didalam asmara cinta kami berdua.

          Sudah tujuh bulan  Amir Arfan meninggalkan Malaysia, meninggalkan aku dengan seribu kenangan yang manis dan indah ketika bersamanya. Hanya e-mails penganti dirinya, ingin berhubungan melalui telefon terlalu mahal, hanya facebook yang menghubungkan aku dengan dia.

          SPM bakal tiba beberapa bulan sahaja lagi, Melati dan Maisarah beriya-iya benar ingin mengajak aku mentelaah pelajaran di Perpustakaan Sultan Ismail. Pada mulanya aku malas dan enggan apatah lagi setelah jiwa aku kian kosong tanpa lelaki bernama Amir Arfan.

          “Kau rindukan Am ?” Tanya Melati ketika dia melihat aku seperti tiada mood untuk mentelaah pelajaran.
          “Siapa yang tak rindukan lelaki romantik macam dia….aku rindukan dia sangat-sangat…..” Ujar aku dan tiba-tiba ada manik-manik jernih membasahi tanah wajah aku.
          “Rileks lah Ami….kau nak aku temankan kau cari buku tak ?” Tanya Melati membuat aku hanya menggelengkan kepala sahaja dan terus berlalu menuju kearah susunan buku yang ingin aku ambil.
          “Maaf….saya tak sengaja…..” Ucap  seseorang ketika buku yang ingin diambil betul-betul terjatuh diatas kepala aku, berpinar seketika kepala aku.
          “Aduiii….sakitnya….” Ungkapan pertama yang aku ucapkan sambil mengusap-usap kepala aku. aku menoleh dan memandang wajahnya yang nampak cemas, terbayang seketika wajah Amir Irfan bila dia tersenyum memandang wajah aku.
          “Maafkan saya awak…..saya tak sengaja…..” Ujarnya dengan nada suara rasa bersalah.
          “Tak pe lah awak….dah nak jadikan….saya tak salahkan awak pun.” Ujar ku setelah mengutip beberapa buah buku yang terjatuh.
          “Arash…..” Ringkas nama yang terluah dari bibirnya ketika dia menghulurkan tangannya kearah aku.
          “Nabila….” Ujar aku sambil menyambut salam perkenalan darinya.
          “SPM jugak ke….boleh lah kita belajar sama-sama….” Ujarnya membuat aku hanya mampu tersenyum sebelum aku mengaturkan langkah kaki aku menuju kearah meja aku, Melati dan Maisarah.
          “Korang panggil aku Bella…eh !!” Aku menghulurkan sekeping kertas kepada Melati ketika aku baru sahaja melabuhkan punggung disisinya.
          “Kenapa ni Bella….?”  Melati berpura-pura memanggil aku Bella.
          “Sorilah awak semua….saya tak sengaja terjatuhkan buku kat atas Bella….awak okey tak ?” Tanya Arash lagi  kepada aku yang masih mengusap kepala.
          “Dah okey….korang tak kisahkan kalau Arash nak study sama-sama…” Ujar aku membuat Melati dan Maisarah hanya menganggukkan kepala dan aku lihat ada segaris senyuman diwajah Melati ketika Arash duduk disisi aku.

          Hampir satu jam setengah kami didalam perut Perpustakan Sultan Ismail dan dapat juga aku menelaah beberapa subjek yang penting untuk aku buat nota. Maisarah dah nampak kepenatan bila dia asyik nak terlelap dihadapan buku yang dibuka tapi tak dibaca.

          “Jomlah Mai…kau pun dah nampak penat…” Ujar Melati ketika Maisarah beberapa kali tersengguk dihadapan buku.
          “Aduiii…kenapalah mengantuk sangat mata aku ni….” Bebel Maisarah tanpa dia sedari Arash hanya memerhatikan dia sedang menguap.
          “Alamak….malunya….” Ujar Maisarah bila Arash tersenyum memandang kearahnya.
          “Awak balik naik apa ?” Tanya Arash ketika kami bertiga sudah pun mengemas beberapa buah buku yang harus disimpan didalam beg dan juga ditempat menyimpan buku.
          “Naik bas….” Ujar aku ringkas sebelum aku berlalu meninggalkan dia yang masih mengemas buku-buku miliknya.
          “Jom saya hantar….” Ujarnya ketika kami baru sahaja keluar dari pintu Perpustakaan.
          “Eh ! tak payahlah….” Ujar aku sedangkan Melati dan Maisarah memang malas nak tunggu kemunculan bas.
          “Jomlah….saya ikhlas….nak tebus kesalahan saya….” Ujar Arash lagi membuat aku terpaksa akur bila Melati dan Maisarah sudah menarik tangan aku kearah kereta Viva putih milik Arash.
          “Duduk sama tempat ke ?” Soalan pertama yang dia ucapkan ketika dia baru sahaja menghidupkan enjin keretanya.
          “Tak….saya Taman Molek , yang dua kat belakang tu sama tempat, Taman Johor Jaya….” Ujar aku dan dia hanya menganggukkan kepala sebelum meluncur laju meninggalkan Perpustakaan Sultan Ismail.
          “Harap-harap kita boleh jumpa lagi….” Ujar Arash setelah dia menghantar Maisarah dan Melati dirumah masing-masing.
          “Insya’allah….” Hanya itu yang termampu aku luahkan, entah mengapa tiba-tiba aku teringat pada Amir Arfan ketika melihat senyuman Arash.
          “Boleh mintak nombor telefon awak….” Soalnya ketika kami sudah pun hampir dengan Taman Molek.
          “Untuk apa….saya kuranglah berbual ditelefon…..” Ujar aku tak mahu orang lain menghampiri hati aku yang telah aku serahkan kepada Amir Arfan.
          “Sesekali boleh saya bermesej dengan awak….macam tak sudi je nak berkenalan dengan saya….” Ujarnya membuat aku merasa diri aku berada dalam dilemma apatah lagi melihat wajahnya yang seakan kecewa.
          “Nah….simpan elok-elok.” Ujar aku sebelum dia memasuki dijalan Setia 1/`10.
          “Terima Kasih Arash dan maaf sebab terpaksa menyusahkan….” Ujar aku sebelum aku keluar dari keretanya.
          “Bella….” Aku menoleh bila nama aku dipanggil.
          “Selamat berkenalan…” Ujarnya dan aku hanya mampu tersenyum sebelum menutup daun pintu keretanya.

          Mesej pertama yang dihantar kepada aku, terpaksa aku balas demi menjaga persahabatan baru, walaupun hati aku tak merelakan aku membalasnya kerana sumpah janji setia aku kepada Amir Arfan. Aku terpaksa akui…dia seperti Amir Arfan, terlalu ingin mengambil berat akan diri aku namun aku tak dapat memberi secebis hati untuknya bertapak, setelah sumpah janji antara aku dan Amir Arfan termeterai.

          “Hai awak…saya harap saya tak menganggu awak….kalau awak tak free tak payahlah awak balas mesej saya….saya Cuma nak tahu … awak sudi tak kalau saya nak ajak awak keluar hari sabtu nanti…kalau awak sudi awak balas….tapi kalau awak rasa tak sudi…biarkan je mesej saya ni….Arash.” Aku membaca tiap baris perkataan yang tertulis didalam skrin handset ku, hati aku jadi sebak bila dia menggunakan awak ..saya…sama seperti Amir Arfan.
         
          Mesej kiriman dari Arash langsung tak aku balas, aku tak mahu aku terjatuh hati padanya yang seusia dengan aku, aku masih teguh berpegang pada sumpah setia aku kepada lelaki yang telah menyentuh bibir aku…..Amir Arfan, namun lelaki seperti Arash memang tak pernah mengalah, berhari-hari dia menghantar mesej kepada aku membuat aku terpaksa akur menerima undangannya.

          “Terima Kasih awak sebab awak sudi nak keluar dengan saya…” Ujarnya setelah aku melabuhkan punggung didalam perut Viva miliknya.
          “Sama-sama tapi saya harap sangat….janganlah awak selalu ajak saya keluar….” Ujar aku membuat Arash memandang wajah aku ketika kami tiba di lampu isyarat merah.
          “Kenapa awak….awak tak sudi nak berkawan dan keluar dengan saya….atau awak takut kekasih hati awak marah ?” Tanya Arash membuat aku merasa bersalah didalam soalannya.
          “Salah satu sebabnya memang ya…saya minta maaf sebab saya memang dah ada buah hati walaupun dia bukan di sini…..” Ujar aku membuat raut wajah Arash sedikit masam.
          “Untungnya dia….tapi saya Cuma nak jadi kawan awak sekurang-kurangnya hilang rasa boring awak….” Ujarnya jujur dan aku melihat dia tersenyum memandang kearah aku.
          “Terima kasih awak kerana memahami…” Balas ku sebelum kami menuju ke Holiday Plaza.


Aku tersedar dari khayalan ku, kini sudah hampir  tujuh  tahun Amir Arfan berada di luar negara, pastinya dia sudah kembali ke Malaysia…pernah juga dia mengirimkan aku beberapa e-mails serta madah-madah pujangga  sebagai pengubat rindu aku kepadanya namun semenjak aku dan keluarga aku berpindah ke Setia Tropika, aku terus terputus hubungan dengannya apatah lagi aku kehilangan handset ku ketika berpindah dan akaun yahoo aku telah disekat dan  aku terus tak dapat menghubungi Amir Arfan. Aku hanya berserah pada yang maha kuasa, andai ada jodoh aku bersamanya pasti kami akan bersatu dan andai aku ditakdirkan terpisah jauh daripadanya, aku redha dan menerima suratan  qada dan qadar dengan hati yang ikhlas.

Aku kini telah berkhidmat di salah sebuah syarikat swasta yang berpusat di Bandaraya Johor Bahru hampir lapan bulan namun  perasaan rindu terhadap diri Amir Arfan masih menebal dan aku tak tahu bagaimana untuk menghubunginya lagi apatah lagi setelah Shasha berhijrah ke London mengikuti kakaknya yang tinggal disana.

“Ami….nanti kau tolong aku semakkan balik dokumen ni, al-maklumlah aje lah  mata aku ni kurang awas sikit, takut ada huruf atau ayat yang terringgal…faham2 je lah….sebelum serahkan pada En.Arash, nanti ada kang dia melenting, dia tu kalau sesekali angin dia muncul, huii tak sanggup aku nak dengar…” Ujar Melissa membuat aku ingin tertawa melihat gelagatnya. Aku memang belum pernah bertemu muka lagi dengan anak bos apatah kini tugas yang aku sandang tidak ada kena mengena dengan urusannya malah kami anak syarikatnya berada di tingkat tiga manakala induk kami berada ditingkat lima.
“ Orang tua memang macam tu…..cepat naik angin…” Ujar aku membuat Melissa menjengkilkan matanya kearah aku.
“Ishkk!! ..kau ni, dia muda lagi lah….baru nak masuk 24thn, handsome pulak tu….macam jejaka malaya…” Melissa mula memuji lelaki yang bernama Arash.
“Hmm…iye lah tu….okey..semuanya betul….bila nak belanja aku makan ?” Ujar aku sambil menyerahkan dokumen yang baru sahaja aku semak kepadanya.
“Kau nie kan tak der ingat yang lain…makan jer…” Ujar Melissa membuat aku tertawa sebelum dia berlalu pergi menuju ketingkat lima untuk menyerahkan dokumen kepada En.Arash.

Tengahari itu seperti biasa, aku dan beberapa teman sepejabat, keluar makan bersama. Ramai juga yang menunggu kemucnculan lif untuk membawa kami makan tengahari. Ketika pintu lif terbuka, kami berhimpit untuk mencari ruang kosong untuk menempatkan diri didalam lif.

“Selamat Tengahari En.Arash.” Aku terdengar suara Melissa menegur anak kepada bos kami.
“Selamat Tengahari….makan dekat mana hari ni ?” Ujarnya dan ketika mata kami berpandangan dia merenung tajam kearah aku membuat aku merasa lemas dalam renungannya.
“Bella ?” Aku menoleh kearahnya ketika nama aku tersembul keluar dari bibirnya.
“Arash ?” Namanya mula terbit dari bibir aku sebelum pintu lif terbuka.
“Keciknya dunia ni….Bella kerja dimana ..?.sepejabat dengan Melissa ?” Tanya Arash ketika kami beriringan tanpa arah tujuan. Melissa dan beberpa orang rakan sepejabat turut mengekori aku, ingin ketahui bagaimana aku mengenali dengan Arash.
“Melissa…..boleh saya pinjam Bella sekejap…” Ujar Arash kearah Melissa dan Melissa hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya kearah Arash dan beberapa teman sepejabat aku yang lain meninggalkan aku bersama Arash.
“Tak sangka….setelah hampir tujuh  tahun kita dipertemukan kembali….dah jodoh agaknya…..” Ujar Arash membuat aku hanya mampu melakirkan senyuman kearahnya.
“Dah lama Bella kerja di syarikat papa ?” Tanya Arash ketika kami memasuki kedalam kereta BMW miliknya.
“Baru beberapa bulan,  Arash….maafkan  Bella sebab Bella tak balas mesej yang pernah Arash bagi pada Bella dulu…” Ujar aku setelah aku memakai tali pinggan keledar.
“Tak per….Arash dah lupakan semua tu…..Bella dah kahwin ?” Tanyanya spontan sebelum dia meluncur laju meninggalkan tempat meletak kereta di Bangunan Kapital.
“Belum lagi….Arash ?” Dia menoleh seketika kearah aku sebelum berhenti dilampu isyarat.
“Tunggu Bella…..” Ujarnya membuat aku menoleh kearahnya.
“Arash gurau aje lah…belum jumpa jodoh yang sesuai….mungkin jodoh dengan Bella kot !!” Ujarnya membuat aku melarikan pandangan mata aku ke luar jendela keretanya.
“Maaf andai kata-kata Arash menyinggung perasaan Bella….sampai hari ini Rash masih belum dapat melupakan Bella… “ Ujarnya dan terus meneruskan perjalanan yang tidak aku tahu kemana arah tujuannya.
“Kemana Bella menghilang ?…Arash cuba menelefon Bella beberapa kali tapi talian telah ditamatkan….dah berpindah ?” Soalnya lagi sebelum BMW miliknya diletakkan disalah sebuah tempat meletak kereta di Mama Chop’s.
“Ya…berpindah ke Setia Tropika….banyak barang yang hilang termasuk handset.” Ujar aku jujur sebelum aku melangkahkan kaki aku bersamanya kearah Restoran Mama Chop’s.
“Lepas ni bolehlah selalu Rash jumpa dengan Bella….” Ujarnya setelah kami mendapat tempat duduk dan memesan makanan.
“Insya’allah, andai diizinkan….” Balas ku dan renungan sepasangan matanya yang laju menerkam anak mata ku membuat aku merasa rimas bila aku cuba beberapa kali untuk melarikannya.
“Bella….andai Rash ingin membawa Bella keluar makan lagi….Bella sudi ?” Tanya Arash membuat aku merasa serba salah untuk memberi apa-apa kata putus, aku masih setia menanti dan menunggu kemunculan Amir Arfan dalam hidup ku bahkan aku masih teguh pada sumpah janji aku akan hanya setia menantinya.
“Bella …? Jauh mengelamun…teringat kat siapalah tu….ye lah siapalah Rash ni kalau nak dibandingkan dengan teman-teman lelaki Bella.” Ujarnya menuduh aku tanpa usul periksa.
“Bella tak ada teman lelaki ……” Kata-kata aku terhenti seketika bila pelayan di Mama Chop’s menghidangkan dua hidangan steak untuk kami.
“Ya ke…. Masih solo…macamana dengan kekasih hati Bella yang dulu…? Tanya Arash membuat aku teringat akan diri Amir Arfan.
“Entah…lepas berpindah kami terputus hubungan sama macam dengan Arash, tapi diri dia tetap ujud dalam hati Bella…..” Ujar ku setelah menghirup fresh orange.
“Memang bertuah lelaki tu….dari kita dibangku sekolah cinta dia tetap mekar dalam hati Bella…..andai Arash yang ingin mengantikkannya..? Ujar Arash sambil menyentuh jari jemari aku.
“Jangan Rash, Bella terikat pada sumpah janji…..tak mungkin akan ada yang menyentuh Bella melainkan Am…” Ujar aku setelah aku menarik tangan aku dari sentuhannya.
“Maafkan Rash….tapi Rash memang suka dengan Bella daripada kita dibangku sekolah…mungkin sebab tu hati Rash belum terbuka untuk wanita….” Aku merenung wajahnya, wajah yang tampak kecewa dengan pengakuan aku.
“Biarlah masa yang menentukannya Rash….maafkan Bella…”
“Rash pun minta maaf juga kerana terlalu awal meluahkan perasaan Rash sedangkan Rash baru je jumpa Bella….” Ujarnya membuat aku tersenyum memandang wajahnya yang kian tampan.

Ketika aku memasuki pintu pejabat, aku lihat wajah Melissa tersenyum memandang kearah aku, begitu juga dengan teman-teman sepejabat yang lain membuat langkah kaki aku seakan lambat untuk melangkah. Lenggokkan kaki Melissa kearah aku membuat aku mengerti maksud yang tersurat dan tersirat didalam hatinya.

“Amboi…diam-diam kau dengan En.Arash…..” Ujar Melissa ketika dia tiba dihadapan meja aku.
“Kenapa ?…dia kawan aku masa sekolah lah Liss…dah lama tak jumpa…..” Ujar aku membuat Melissa melabuhkan punggungnya dikerusi kosong yang ada dihadapan aku.
“Kalau ada apa-apa pun tak per Ami….tapi aku pelik lah….dia panggil kau Bella….” Ujar Melissa membuat aku ingin tertawa.
“Nama aku kan Amira Nabila…..sebab tu dia panggil aku Bella… lagi pun aku tak pernah bagi lelaki panggil  nama aku Ami melainkan seseorang yang amat istimewa dalam hidup aku….kau jangan terbocorkan rahsia panggil aku Ami depan En.Arash….” Ujar aku membuat Melissa tersenggih dan aku tak tahu apa yang berada didalam benak fikiran Melissa.
“Okey darling….oh ya….nanti petang kau temankan aku pergi beli baju untuk dinner kita….boleh tak ?” Ujar Melissa membuat aku hanya menganggukkan kepala sebelum dia berlalu meninggalkan aku sendirian di meja.
“Ami….line dua…..” Ujar Melissa dan ketika dia memberi isyarat panggilan dari tingkat atas, aku jadi tak keruan bila bayangan Arash muncul dihalaman mata aku.
“Selamat Tengahari…..” Ucapan pertama yang aku ucapkan ketika menjawap telefon di pejabat.
“Selamat tengahari…emm….Bella…. lupa rash nak minta nombor telefon Bella…boleh kan….petang nanti Bella balik naik apa…?” Tanya Arash lembut dicorong talian.
“Naik bas atau teksi….tapi hari ni dah janji dengan Melissa nak keluar sama-sama nak pergi Holiday Plaza…” Ujar aku ikhlas.
“Okey….Rash baru nak hantar Bella balik….kalau macam tu tak pe lah….” Ujar Arash sebelum dia meletakkan gagang telefon dan aku sempat memberinya nombor telefon bimbit ku.

Ketika talian sudah diletakkan, Melissa masih memandang kearah aku dan senyuman terpaksa aku hadiahkan kepadanya sebelum aku memulakan tugas aku kembali. Jam didinding pejabat sudah pun menghampiri pukul lima petang, rakan-rakan sepejabat yang lain masing-masing sibuk berdandan sebelum pulang dijemput oleh suami dan teman lelaki masing-masing.

Holiday Plaza menjadi pilihan Melissa untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai ketika Majlis makan malam syarikat tempat aku berkerja. Beberapa buah kedai sempat kami lewati bila sebahagian dari baju yang ingin dibeli tidak sesuai untuk kulitnya yang agak gelap sedangkan kaki aku sudah pun merasa sakit.

“Beb…lama lagi ke ? cerewetnya engkau…” Ujar aku ketika Melissa masih sibuk memilih baju.
“Kejap lah…kau tu putih melepak senang nak cari baju, aku nie dah lah gelap, nak cari baju susah…sekejap yer sayang…..” Ujar Melissa membuat aku ingin tertawa.
“Hai….Bella …Melissa….memborong ke ?” Aku menoleh ketika bayangan Arash berada disisi aku yang sedang duduk menahan kaki yang sedang kesakitan.
“Sekejap eh Bella….aku nak pergi cuba baju ni dulu….” Aku menarik nafas lega bila Melissa memanggil aku Bella dan bukannya Ami.
“Cepat sikit…kaki aku dah sakit ni…” Ujar aku membuat Arash melabuhkan punggungnya disisi aku.
“Bella beli baju apa ?” Tanya Arash bila dia melihat tiada apa-apa yang aku ambil.
“Tak beli pun….tak berkenan…” Ujar ku ringkas membuat Arash melakirkan senyuman dibibirnya.
“Rash pilihkan satu untuk Bella…..Rash harap Bella sudi menerimanya…..” Ujar Arash dan belum sempat aku menahannya dia sudah pun bangkit dari sofa dan menuju kearah beberapa helaian baju gaun malam.
“Okey tak baju ni dengan aku…” Ujar Melissa ketika dia menyarungkan gaun labuh berwarna merah jambu dan kali ini aku suka melihat dia dan pakaian yang sedang diperagakan.
“Superb…kena dengan engkau….” Ujar aku dan ketika dia membuat isyarat tangan bertanya dimana Arash, aku hanya melirikkan mata ku kearah Arash yang sedang memilih pakaian.
“Hai En.Arash….pilih pakaian untuk buah hati ke ?” Tanya Melissa ketika dia lalu disisi Arash.
“Amin kalau kata-kata awak menjadi kenyataan..” Ujarnya sebelum dia mengambil gaun hitam penuh dengan labuci dan terus menuju kekaunter.
“Liss…saya bayarkan sekali….” Ujar Arash ketika Melissa tiba untuk membuat bayaran.
“Ishkk….tak payahlah En.Arash……”
“Apa pulak….tak baik menolak…..ini namanya rezeki juga…” Ujarnya lembut dan memang beruntung andai sesiapa yang menjadi buah hatinya.
“Liss…boleh saya bawa Bella balik ?” Tanya Arash membuat Melissa tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebelum kami terpaksa berpisah menuju kehaluan masing-masin.
“Boleh jalan lagi tak ?.. nak Rash dukung ?” Tanya Arash ketika dia melihat langkah kaki aku terlalu perlahan menahan rasa sakit.
“Mengarut je….boleh….insya’allah…” Ujar ku ketika kami briringan menuju kearah tempat meletak kereta.
“Maaf….Rash Cuma bimbangkan Bella….” Ujar Arash ketika dia menyentuh jari ku sebelum aku memasuki keretanya. Degupan didada ku kian memuncak bila sumpah janji aku bersama Amir Arfan muncul tiba-tiba.
“Please Rash…jangan buat Bella rasa serba salah pada sumpah setia Bella….dia sentiasa ada dalam jiwa Bella..….” Ujar ku ketika dia telah pun melabuhkan punggungnya didalam kereta.
“Rash tahu….dia masih bertakhta dihati Bella….siapalah Rash untuk mengantikan tempat dia….Rash Cuma mengambil berat tentang Bella.” Ujarnya sebelum dia menghidupkan enjin kereta. Aku merasa bersalah kerana bersikap dingin kepadanya.
“Maafkan Bella….Bella tak bermaksud macam tu….” Ujar ku dan tiba-tiba airmata gugur ditanah wajah ku.
“Please jangan menangis….Rash yang masih tak sedar diri…tapi Rash akan sabar menunggu dan menunggu tak kira walaupun Rash menjadi tua….” Aku terharu mendengar kata-kata Arash, wajahnya yang jujur dan ikhlas aku renung dan ketika dia merenung aku kembali, aku terpaksa melarikan pandangan matanya jauh dari panahan renungannya yang boleh menusuk kalbu.
“Bella…..biarpun didalam hati Bella hanya ada insan yang kini tak tahu dimana….Rash nak Bella tahu yang Rash juga sayang pada Bella dan perasaan itu dah lama ujud sedari kita dibangku sekolah lagi.. tapi Bella usah risau….Rash tahu dimana kedudukkan Rash dalam hati Bella…..Rash akau mencuba dan terus mencuba…..” Ujarnya lagi dan aku benar-benar merasa bersalah kerana telah mengecewakannnya.
“Terima Kasih Rash….carilah insan yang lebih baik dari Bella…..Bella sentiasa doakan kebahagiaan Rash…..”
“Tak Bella…..macam Bella…buat masa ini .Rash pun hanya setia pada cinta pertama Rash….walaupun suatu hari Rash tak dapat memiliki Bella…Rash tetap akan rasa bahagia.” Buat pertama kalinya aku mencurangi sumpah janji aku terhadap Amir Arfan.
“Maafkan Bella andai Bella terpaksa mengecewakan Rash….terima kasih kerana ada perasaan sayang pada Bella….Bella akan menghargainya.” Ujar aku dan jarinya aku genggam beberapa saat sebelum aku melepaskannya.

Malam itu aku tidak dapat melenakan mata aku, bayangan Amir Arfan datang bersilih ganti dengan Arash, aku tak mahu mencurangi sumpah setia aku pada Amir Arfan… aku masih terlalu mencintai dirinya, dimanakah dia saat dan ketika ini…tidakkah dia berusaha untuk menjejaki aku, kekasihnya yang telalu setia ini.

“As’salam…maafkan Rash atas sikap Rash sebentar tadi, tak sepatutnya Rash berkelakuan seperti itu, Bella….Rash hanya ingin berada disisi Bella dan itu sudah memadai buat Rash….Cuma… jangan sesekali Bella pergi dari hidup Rash….jangan pernah ingin berhenti hanya kerana Rash….Rash akur akan pendirian dan kesetiaan Bella kepada lelaki yang telah menawan hati Bella….” Aku membaca tiap baris perkataan yang tertera ditelefon bimbit ku. Arash memang jujur dan ikhlas namun aku belum dapat menerima dirinya setelah Amir Arfan memegang kunci hati ku.
“Terima Kasih Rash kerana memahami….kita akan sentiasa menjadi kawan….” Balas ku sebelum aku melelapkan mata sehingga subuh.


Majlis makan malam syarikat kami yang telah diadakan di Hotel Grand Paragon ternyata meriah. Arash datang menjemput aku dirumah dan ketika aku bersalaman dengan mama, mama hanya tersenyum ketika aku mengatakan pengurus tempat aku bertugas akan datang mengambil aku. aku mengerti apa yang tersirat didalam hati mama, dia ingin melihat anak bongsu kesayangannya bahagia… mempunyai kekasih malah kalau boleh dia terlalu ingin melihat aku kecapi alam perkahwinan.

“Terima Kasih kerana sudi berada disisi Arash….banyak mata yang memerhatikan Bella….” Ucap Arash ketika aku tiba bersamanya. Bebola mata aku mencari Melissa namun langsung tak aku lihat kelibatnya.
“Aku mula berpusing sekeliling mencari Melissa dan akhirnya aku nampak dia sedang khusyuk berbual bersama Janet.
“Perghh ! penat aku cari kau Liss….hmmm…..cantik kau malam ni….” Ujar ku kepada Melissa yang hanya tersenyum.
“U lagi cantik Ami…..gorgeous…..” Ujar Janet membuat wajah aku merah kemerah merahan menahan rasa malu.
“Kau datang dengan En.Arash ?” Aku hanya menganggukkan kepala aku ketika soalan itu mencecah digegendang telinga aku.
“Korang memang dah dijodohkan bersama……”  Aku mengerling kearah Melissa.
“Kau tahu hati aku kan Liss….nanti aku menangis kat sini….” Ujar aku membuat Melissa mengelabah seketika.
“Sori-sori…tak sengaja…terlepas…..ehh ! handsome jugak abang En.Arash tu kan….hmmm…siapalah gadis bertuah yang dapat berada disisinya….dah lah handsome …doktor pulak….” Aku cuba menoleh kearah lelaki yang Melissa maksudkan namun aku tak tahu siapa yang sedang Melissa perkatakan.
“Sori Liss…Janet….saya nak pinjam Bella sekejap…..” Ujar Arash yang entah bila muncul secara tiba-tiba.
“Rash nak kenalkan Bella dengan mama Rash…dengan abang Rash….” Ujar Arash dan ketika dia menarik tangan ku, aku cuba untuk menarik namun pegangan Arash terlalu kuat membuat aku hanya mengikutinya walaupun tangan aku masih didalam genggamannya.
“Ma….Rash nak kenalkan mama dengan teman baik Rash sedari kami sekolah ….Bella….merangkap kerani disyarikat kita…” Ujar Arash dan tangan kiri aku masih berada didalam genggamannya. Aku bersalaman dengan mama Arash dan kucupan diberikan dipipi kiri dan kanan aku.
“Abang Amir…kenalkan….Bella…..” Bebola mata aku terpaku seketika, aku meleraikan genggaman tangan Arash ketika Amir Arfan memandang kearah aku dan Arash. Tiada sepatah pun ungkapan yang tersembul keluar dari bibir aku ketika kami masih lagi berpandangan.
“Awak……” Ungkapan pertama yang tersembul keluar dari bibir aku dan aku rasa mahu sahaja aku melarikan diri aku daripadanya bila aku malu dengan sumpah janji aku untuk tidak membenarkan sesiapa menyentuh aku walaupun hanya  dijari jemari aku.
“Ya awak….saya…. kekasih awak….Amir Arfan……” Perasaan sebak menyelubungi perasaan aku bila mendengar suaranya yang masih tak berubah apatah lagi senyuman yang sedang terpamer diwajah tampannya.
“Ini ke Ami yang pernah along sebut ?” Suara mama Amir Arfan mengoncang didalam benak fikiran aku. Mama Amir Arfan mendakap aku dan aku tak tahu apa yang pernah dia dan mamanya perbualkan tentang aku.
“Maafkan Ami Am….maafkan Ami aunty….Rash…..” Aku berlalu meninggalkan dua lelaki yang terlalu baik kepada aku.
“Ami…kenapa ni…..” Soal Melissa ketika dia melihat ada tangisan dimata aku.
“Dia ada disini Liss…didepan mata aku….”
“Siapa ?” Tanya Melissa sebelum Amir Arfan datang kearah meja kami.
“Awak….kenapa awak tinggalkan saya…..saya dah lama menderita rindukan awak…..” Ujar Amir Arfan ketika dia melabuhkan punggungnya disisi aku. Jari jemari aku disentuh dan diusap lembut, sebuah kucupan dilepaskan dijari jemari aku. Melissa dan Janet hanya memandang dan melihat Amir Arfan melakukan aku sebegitu.
“Boleh awak ikut saya sebentar….sori girls sebab I terpaksa culik dia sekejap…” Ujar Amir Arfan sedangkan Melissa dan Janet masih berpandangan dan termangu melihat drama yang sedang berlaku. Arash… langsung tidak aku nampak kelibatnya, mungkin dia kecewa….lelaki yang terlalu aku cintai adalah abangnya sendiri.
“Awak…..tujuh tahun saya menderita kerana terlalu rindukan awak….dan hari ini penderitaan saya berakhir kerana saya gembira awak dan Arash…..” Aku menoleh dan jari aku…aku lekapkan dibibirnya.
“Arash bukan siapa-siapa dalam hidup saya….dia hanyalah kawan ketika dibangku sekolah…..malah dia adalah bos saya . Awak….cinta saya pada awak masih utuh masih menebal masih tak berubah walau sebesar kuman sekalipun dan seandainya awak sudah pun beristeri saya redha…..saya rela melepaskan awak….” Ujar ku dan airmata tak usah aku gambarkan lagi…laju menjunam diwajah ku.
“Awak masih tak berubah….suka berperasaan sangsi pada cinta suci saya……saya tak pernah jatuh cinta apatah lagi pandang perempuan lain sebab didalam hati saya Cuma ada satu perempuan sahaja iaitu Amira Nabila….” Aku menoleh memandang wajahnya….sepasang matanya yang terlalu aku rindui aku renung sedalam-dalamnya ketika kami berada didalam kereta CRV miliknya.
“Cinta dan sayang Am pada Ami tak pernah berubah…. walaupun sudah tujuh tahun kita terpisah….terima kasih awak…. Terima kasih kerana masih setia hanya pada saya…..saya sayangkan awak….” Ujar Amir Arfan dan bibir aku dikucup  mesra dan aku amat rindukan belaian darinya. Ketika dia mendakap aku, aku hanya mampu memejamkan mata ku dan aku biarkan dia mengucup aku berulang kali…. melepaskan rindunya kepada aku.
“Sudi tak awak menjadi permaisuri hidup saya….menjadi ibu kepada anak-anak saya…?” Tanya Amir Arfan dan senyuman yang terpamer diwajah aku memberi kata persetujuan yang aku bersedia untuk menjadi permaisuri hatinya.
“Boleh saya tanya awak sesuatu ?.. kenapa Arash panggil awak Bella….” Aku menoleh menatap wajah  lelaki yang bertahun aku rindui.
“Tak akan ada seorang lelaki pun yang akan memanggil saya Ami kecuali awak…..” Ujar aku dan tubuh aku masih belum renggang dari pelukan Amir Arfan.
“Terima Kasih sayang kerana membuat diri abang merasa abang berada ditempat paling tinggi dalam hati sayang…”
“Apa dia ?…abang..?” Ujar ku membuat Amir Arfan mengucup bibir ku bila ungkapan itu aku terbitkan dari bibir aku.
“Ya sayang….abang amat bahagia hari ini….terima kasih seharusnya abang ucapkan pada Arash kerana telah menemukan kita kembali.”
“Ya….Ami pun dah melukakan hatinya…berulang kali dia cuba untuk duduk didalam hati Ami tapi Ami  tetap tak akan membuka pintu hati Ami kerana kuncinya hanya pada abang sorang….maafkan Ami kerana Ami telah kecewakan hati adik abang…..”
“Abang harap dia akan mengerti bahawa insan yang dia ingin miliki adalah milik abangnya yang abadi….jom sayang…nanti apa pula kata mama….” Ujarnya sebelum sekali lagi dia mengucup bibir aku lembut dan mesra. Aku mendakap erat tubuh  Amir Arfan dan kehangatan tangannya dapat aku rasakan ketika dia mengusap belakang ku penuh romantis, tak ingin rasanya aku lerai dari pelukkannya.

Ketika aku dan Amir Arfan bergandingan, bebola mata Melissa dan beberapa orang teman sepejabat aku hanya memerhatikan aku yang sedang berjalan menuju kearah keluarga Amir Arfan apatah lagi pinggang ku dirangkul erat oleh Amir Arfan, dakapan dari mama Amir Arfan membuat aku menitiskan airmata apatah lagi aku terpandang wajah lelaki yang kecewa kerana tidak dapat memilik aku kerana aku bakal bergandingan disisi abangnya.

“Tahniah abang….Bella….abang memang beruntung kerana memiliki seorang kekasih yang terlalu setia sedari dia dibangku sekolah, malah tak pernah membiarkan mana-mana lelaki menyentuhnya walaupun hanya untuk berpegangan tangan dan maafkan Rash kerana telah menyentuh tangan Bella walaupun Bella berkali-kali ingin dilepaskan dari genggaman Rash….maafkan Rash.” Ujar Arash dan sepasang matanya yang kecewa dilarikan kearah Melissa dan semoga senyuman yang bertaut diwajah mereka membuka ruang kosong dihati masing-masing.
“Rash mushykil….kenapa abang panggil Bella Ami…?” Aku dan Amir Arfan hanya berpandangan dan tersenyum
“Hanya abang yang boleh panggil Bella  Ami kerana hanya abang satu-satunya cinta hati Amira Nabila…” Ujar Amir Arfan membuat Arash hanya tersenyum memandang kebahagiaan yang bakal aku kecapi bersama abangnya….Amir Arfan.
“Abang bangga dengan sayang…..kesucian cinta dan diri sayang tak mungkin akan dimiliki oleh mana-mana gadis ….” Ujar Amir Arfan sambil merangkul pinggang ku sebelum aku ditinggaklan sendiri bersama Amir Arfan.

Aku telah selamat bertunang dan dinikahkan dengan Amir Arfan semiggu sebelum majlis pertunangan antara Arash dan Melissa berlangsung. Paluan kompang yang kedengaran diluar rumah masih jelas dapat aku dengari walaupun sudah beberapa saat kami duduk dipelaminan. Disebalik sepasang mata Arash yang kini bahagia aku masih dapat melihat kekecewaannya bila dia tak berkelip memandang aku, satu-satunya wanita yang dicintainya bersanding disisi abangnya.

“Sayang bahagia menjadi isteri abang ?” Tanya Amir Arfan ketika kami baru sahaja melabuhkan badan diatas ranjang perkahwinan kami.
“Terlalu bahagia….andainya kita tak dipertemukan kembali… adakah abang akan…….? Amir Arfan menekup bibir ku dengan jari jemarinya.
“Abang akan tetap setia walaupun tua memakan usia abang… abang tak pernah menyanyangi atau mencintai seseorang sebagaimana abang menyintai sayang….mulai hari ini…kita akan sama-sama menerajui mahligai kita bersama-sama….abang dah berbincang dengan Rash….mulai minggu depan sayang dah tak payah nak pergi kerja, duduk sahaja dirumah…kita habiskan waktu terluang bersama untuk menebus kerinduan kita selama tujuh tahun…” Ujar Amir Arfan sebelum dia mengucup dan menanggalkan pakaian aku satu persatu, malam ini tubuh aku dinikmati penuh oleh Amir Arfan sebagai seorang suami seperti mana janjinya kepada aku tujuh tahun yang lalu. Aku terlalu bahagia……terima kasih Rash kerana telah menemukan kembali aku dan Amir Arfan….